Jumaat, 28 Ogos 2009

TAYAR SERVIS TONG MAH


Tayar Servis Tong Mah mula di tubuhkan pada tahun 1984.Lokasi terawal syarikat ini terletak di Taman Rimba dan mula beroperasi di sebuah kedai papan tanpa di lengkapi alatan yang secukupnya.Pada tahun 1991 syarikat yg di miliki oleh 2 beradik ini telah berpindah ke alamat No.1 Jalan Taman Rimba, Taman Gopeng, mentakab untuk memperkembangkan operasi syarikat tayar tersebut. Disinilah kejayaan bertambah untuk syarikat ini apabila semua kemudahan untuk melakukan kerja-kerja serta alatan yg di perlukan di perbaharui atas ke prihatinan pemiliknya. Bermula lah detik pembaharuan dalam perniagaan tayar untuk syarikat ini... Pemilik syarikat ini, En.Tan Yew Hong bersama adiknya En.Tan Yeow Chang telah berusaha keras untuk memajukan syarikat tayar tersebut yg lebih di kenali sebagai Tayar Servis Tong Mah. TayarServisTongMah ni terletak di dalam bangunan kedai 3 tingkat yg di miliki oleh syarikat ini sendiri.Dari Kuala Lumpur menuju ke Bandar Mentakab dapat di lihat dengan jelas akan kedudukan bangunan tempat beroperasinya syarikat ini.Bangunan 3 tingkat yang terletak di kanan jalan menuju ke bandar Mentakab ini jelas kelihatan dengan papan tanda yg besar yang menunjukkan gambar tayar.Jarak dari bandar Mentakab menuju ke lokasi primis ini adalah dalam lingkungan 3-4 kilometer menuju ke Kuala Lumpur. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan yang di perlukan oleh setiap kenderaan dari yg berkapasiti kecil hingga ke yg mempunyai kapasiti besar. Disini ada di sediakan perkhidmatan penukaran tayar dari kenderaan berjenis kereta ,pacuan empat roda hingga untuk kenderaan jenis lori , bas serta traktor. Berbagai-bagai jenis atau jenama serta saiz tayar ada di jual di syarikat ini. Di syarikat ini juga ada menyediakan servis penukaran minyak atau alat ganti kenderaan. Syarikat ini mempunyai 5 orang pekerja mahir yang dapat membantu para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di syarikat ini. Aspek kecekapan serta ketelitian merupakan panduan utama yang sering di terapkan oleh pemilik syarikat ini kepada pekerja pekerjanya. Di bahagian penerangan atau khidmat penentuan harga atau servis di alasi seorang kerani yang boleh memberikan pelanggan-pelanggan akan informasi yg di perlukan dari sebut harga sehinggalah kepada jualan. Disini juga pihak syarikat ada menyediakan perkhidmatan luar atau out door service merangkumi jarak yg luas. Syarikat ini juga ada memberikan khidmat kepada kilang-kilang sekitar Mentakab dan Temerloh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan