Sabtu, 17 Oktober 2009

PERTANYAAN???

Setiap urusan belian tayar atau pembayaran di lakukan di  kuanter ini.Setiap pertanyaan menyenai harga atau saiz tayar boleh diperolehi atau di lakukan disini. Kuanter ini di di kendalikan oleh seorang kerani. setiap kemyuskilan pelanggan akan cuba di atasi dengan penerangan2 yang di berikan. Setiap panggilan dari pelanggan akan di layan dgn  penuh dedikasi dan sedaya mungkin mencuba untuk membantu atau menjawab setiap soalan dr pelanggan yang memerlukan bantuan.

outdoor service atau pun servis di luar premis



Premis kami juga menyediakan perkhidmatan di luar kawasan premis dalam lingkungan mentakab hingga ke temerloh. Ke biasaannya pihak kami menyediakan perkhidmatan terhadap kilang-kilang di sekitar lanchang,  mentakab da sekitar temerloh atau pun kenderaan yang mengalami kerosakan di tengah jalan dalam lingkungan yang hampir terhad. Pihak kami mempunyai kenderaan yang khusus untuk melakukan kerja luar atau out door service dengan di lengkapi alat compressor yang boleh memudahkan serta melancarkan setiap kerja yang hendak di lakukan oleh pekerja kami. dikendalikan oleh seorg pekerja mahir yang sentiasa prihatin dalam melakukan kerja2 di luar kawasan.


Bateri kenderaan juga di jual di kedai ini.saiz bateri untuk kenderaan kecil hingga ke besar ada di jual di premis ini. terdapat 2 jenis bateri di jual di kedai ini. Antaranya bateri jenis kering atau jenis yang perlu di tambah air. Dengan harga yang berpatutan semua saiz bateri boleh di perolehi dengan bantuan pekerja2 di premis kami. harag bateri adalah termasuk upah memasang. Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan menukar bateri di luar premis dengan kadau upah yang rendah di sekitar mentakab  dan temerloh.

PRESS AND PUMP

Mesin yang di gunakan untuk membuka atau melonggarkan tayar yang bersaiz besar seperti tayar lori atau bas bagi memudahlan dan mempercepatkan proses kerja yang di lakukan oleh pekerja kami, jadi pemandu lori atau bas tidak perlu menunggu lama untuk pekerja kami menyiapkan kerja. mesin ini juga di kenali sebagai mesin press and pump utk kenderaan berat serta forklift.

ALIGNMENT

Kami juga menyediakan perkhidmatan alignment utk kereta, mpv, light truck, pacuan 4 roda dan lori. Mesin alignment di kedai kami menggunakan komputer serta peralatan terbaru dan dilengkapi sistem sensor. Peralatan mesin alignment di kedai ini adalah yang terbaru dan mempunyai ciri-ciri moden menggunakan komputer yang sentiasa di kemaskini sistem nya untuk kemudahan pekerja di samping memenuhi kehendak pengguna atau pemandu yang mahukan kepuasan dalam pemanduan . Sesuatu kenderaan itu perlu membuat alignment apabila sewaktu memandu mereka merasakan bahawa stering kenderaan mereka tidak 'centre' atau di rasakan seperti di tarik ke tepi ketika memandu. Selain membuat alignment kenderaan di kedai kami ini juga ada menyediakan perkhidmatan untuk memasang camber skru atau adjust camber skru .

Jumaat, 16 Oktober 2009

jenama dan saiz tayar

Tayar berjenama silverstone untuk kegunaan kereta kecil atau kenderaan persendirian.saiz dari 195/50R15 kepada yang lebih besar sehingga menjangkau saiz untuk rim 17".



Saiz yang lebih kecil untuk kenderaan persendirian dari saiz 155/70R12 hingga 13" dan 14". dari kenderaan seperti kereta kancil hingga kepada mpv seperti toyota unser mahupun van.

Saiz yang lebih besar untuk kegunaan pacuan 4
roda dari saiz untuk kenderaan seperti perodua kembara kepada kenderaan lebih besar seperti hilux atau pacuan empat oda yang lebih besar..merangkumi saiz 15" 16" mahupun 17".

Qualiti tayar yang lebih sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti merentas benua. Keadaan tayar yang separa kasar dan halus ini sesuai untuk semua jenis kenderaan pacuan empat roda.
Khas untuk kenderaan seperti lori dari 1 tan hingga 5 tan. Di datangkan dr saiz 14 hingga 16 dari 8 hingga 12pr.Lebih di kenali sebagai light truck. extra grip special utk bunga yang lebih kasar serta light truck special utk bunga yang lebih halus.



bergbagai jenama dan saiz boleh memenuhi kehendak pengguna!!!

SAIZ DAN JENAMA TAYAR


Kami di kedai tayar ini( tayar servis tong mah) mempunyai berbagai2 saiz seta jenama tayar mengikut kehendak pengguna. Kebiasaan pengguna mempunyai pilihan atau kemahuan sendiri terhadap saiz atau jenama tayar. kebiasaannya pengguna kenderaan yg muda lebih menyukai tayar yg berjenama serta saiz yang agak besar untuk lebih kelihatan 'sport'. Bagi golongan yg lebih elit biasanya mementingkan jenama bagi keselesaan serta qualiti di samping saiz yang kelihatan lebih besar untuk kereta2 yg biasanya lebih elegan. Bagi golongan pertengahan biasanya jenama tidak penting yang penting qualiti dan harga yang lebih berpatutan.Begitu juga bagi golongan yang kurang berkemampuan, mereka memilih untuk mendapatkan tayar yang berharga lebih murah!Di sini kami ada menyediakan semua kemudahan tersebut..bermula dari saiz, jenama, standard kualiti mahupun yang berharga murah tapi masih mempunyai kualiti untuk semua lapisan pengguna kenderaan. Antara jenama tayar yang kami jual di kedai ini termasuk lah silverstone yang menjadi trade mark atau pembekal terbesar kami, good year, michelin, falken, yokohama, bridgestone, dunlop, accalera, forceum, maxxis, kumho, nexen mahupun corsa!!! Disini kami sertakan sedikit gambar untuk paparan sebagai bukti kami ada menjual jenama serta saiz-saiz tayar yang mungkin menjadi pilihan anda...