Sabtu, 17 Oktober 2009

PERTANYAAN???

Setiap urusan belian tayar atau pembayaran di lakukan di  kuanter ini.Setiap pertanyaan menyenai harga atau saiz tayar boleh diperolehi atau di lakukan disini. Kuanter ini di di kendalikan oleh seorang kerani. setiap kemyuskilan pelanggan akan cuba di atasi dengan penerangan2 yang di berikan. Setiap panggilan dari pelanggan akan di layan dgn  penuh dedikasi dan sedaya mungkin mencuba untuk membantu atau menjawab setiap soalan dr pelanggan yang memerlukan bantuan.

outdoor service atau pun servis di luar premis



Premis kami juga menyediakan perkhidmatan di luar kawasan premis dalam lingkungan mentakab hingga ke temerloh. Ke biasaannya pihak kami menyediakan perkhidmatan terhadap kilang-kilang di sekitar lanchang,  mentakab da sekitar temerloh atau pun kenderaan yang mengalami kerosakan di tengah jalan dalam lingkungan yang hampir terhad. Pihak kami mempunyai kenderaan yang khusus untuk melakukan kerja luar atau out door service dengan di lengkapi alat compressor yang boleh memudahkan serta melancarkan setiap kerja yang hendak di lakukan oleh pekerja kami. dikendalikan oleh seorg pekerja mahir yang sentiasa prihatin dalam melakukan kerja2 di luar kawasan.


Bateri kenderaan juga di jual di kedai ini.saiz bateri untuk kenderaan kecil hingga ke besar ada di jual di premis ini. terdapat 2 jenis bateri di jual di kedai ini. Antaranya bateri jenis kering atau jenis yang perlu di tambah air. Dengan harga yang berpatutan semua saiz bateri boleh di perolehi dengan bantuan pekerja2 di premis kami. harag bateri adalah termasuk upah memasang. Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan menukar bateri di luar premis dengan kadau upah yang rendah di sekitar mentakab  dan temerloh.

PRESS AND PUMP

Mesin yang di gunakan untuk membuka atau melonggarkan tayar yang bersaiz besar seperti tayar lori atau bas bagi memudahlan dan mempercepatkan proses kerja yang di lakukan oleh pekerja kami, jadi pemandu lori atau bas tidak perlu menunggu lama untuk pekerja kami menyiapkan kerja. mesin ini juga di kenali sebagai mesin press and pump utk kenderaan berat serta forklift.

ALIGNMENT

Kami juga menyediakan perkhidmatan alignment utk kereta, mpv, light truck, pacuan 4 roda dan lori. Mesin alignment di kedai kami menggunakan komputer serta peralatan terbaru dan dilengkapi sistem sensor. Peralatan mesin alignment di kedai ini adalah yang terbaru dan mempunyai ciri-ciri moden menggunakan komputer yang sentiasa di kemaskini sistem nya untuk kemudahan pekerja di samping memenuhi kehendak pengguna atau pemandu yang mahukan kepuasan dalam pemanduan . Sesuatu kenderaan itu perlu membuat alignment apabila sewaktu memandu mereka merasakan bahawa stering kenderaan mereka tidak 'centre' atau di rasakan seperti di tarik ke tepi ketika memandu. Selain membuat alignment kenderaan di kedai kami ini juga ada menyediakan perkhidmatan untuk memasang camber skru atau adjust camber skru .

Jumaat, 16 Oktober 2009

jenama dan saiz tayar

Tayar berjenama silverstone untuk kegunaan kereta kecil atau kenderaan persendirian.saiz dari 195/50R15 kepada yang lebih besar sehingga menjangkau saiz untuk rim 17".



Saiz yang lebih kecil untuk kenderaan persendirian dari saiz 155/70R12 hingga 13" dan 14". dari kenderaan seperti kereta kancil hingga kepada mpv seperti toyota unser mahupun van.

Saiz yang lebih besar untuk kegunaan pacuan 4
roda dari saiz untuk kenderaan seperti perodua kembara kepada kenderaan lebih besar seperti hilux atau pacuan empat oda yang lebih besar..merangkumi saiz 15" 16" mahupun 17".

Qualiti tayar yang lebih sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti merentas benua. Keadaan tayar yang separa kasar dan halus ini sesuai untuk semua jenis kenderaan pacuan empat roda.
Khas untuk kenderaan seperti lori dari 1 tan hingga 5 tan. Di datangkan dr saiz 14 hingga 16 dari 8 hingga 12pr.Lebih di kenali sebagai light truck. extra grip special utk bunga yang lebih kasar serta light truck special utk bunga yang lebih halus.



bergbagai jenama dan saiz boleh memenuhi kehendak pengguna!!!

SAIZ DAN JENAMA TAYAR


Kami di kedai tayar ini( tayar servis tong mah) mempunyai berbagai2 saiz seta jenama tayar mengikut kehendak pengguna. Kebiasaan pengguna mempunyai pilihan atau kemahuan sendiri terhadap saiz atau jenama tayar. kebiasaannya pengguna kenderaan yg muda lebih menyukai tayar yg berjenama serta saiz yang agak besar untuk lebih kelihatan 'sport'. Bagi golongan yg lebih elit biasanya mementingkan jenama bagi keselesaan serta qualiti di samping saiz yang kelihatan lebih besar untuk kereta2 yg biasanya lebih elegan. Bagi golongan pertengahan biasanya jenama tidak penting yang penting qualiti dan harga yang lebih berpatutan.Begitu juga bagi golongan yang kurang berkemampuan, mereka memilih untuk mendapatkan tayar yang berharga lebih murah!Di sini kami ada menyediakan semua kemudahan tersebut..bermula dari saiz, jenama, standard kualiti mahupun yang berharga murah tapi masih mempunyai kualiti untuk semua lapisan pengguna kenderaan. Antara jenama tayar yang kami jual di kedai ini termasuk lah silverstone yang menjadi trade mark atau pembekal terbesar kami, good year, michelin, falken, yokohama, bridgestone, dunlop, accalera, forceum, maxxis, kumho, nexen mahupun corsa!!! Disini kami sertakan sedikit gambar untuk paparan sebagai bukti kami ada menjual jenama serta saiz-saiz tayar yang mungkin menjadi pilihan anda...

Rabu, 2 September 2009

Mesin penimbang tayar( tyre balancer)

mesin penimbang tayar9 tyre balancer untuk kenderaan berat seperti lori dan bas.



Mesin penimbang tayar yang di gunakan untuk menimbang tayar bagi kenderaan kecil mpv ataupun pacuan 4 roda.
Selepas tayar di tukar kebiasaannya tayar tersebut akan di timbang supaya keadaan tayar tersebut seimbang dan tidak berlaku gegaran yang menyebabkan ketidak selesaan kepada pemandu atau penumpang kenderaan tersebut.Di sini kami mempunyai 2 penimbang tayar( tyre balancer) untuk kenderaan kecil dan 1 penimbang tayar untuk tayar kenderaan berat seperti tayar lori atau bas.Setiap tayar yang di timbang akan di pastikan seimbang sebaik mungkin dan memuaskan hati para pelanggan....

Peralatan serba mudah...

Di Tayar Servis Tong Mah kami mempunyai peralatan yang yang menepati keperluan untuk memudahkan segala kerja- kerja yang akan di lakukan. Bermula dari pembuka tayar( tyre changer), penimbang tayar( tyre balancer) serta mesin aligment.Di sini kami mempunya 3 mesin pembuka tayar dan membolehkan kami melakukan kerja dengan pantas dan efisyen supaya para pelanggan tidak menunggu lama untuk menanti tayar kenderaan mereka di tukar.Mesin pembuka tayar ini sentiasa di bersihkan dan di servis supaya tidak berlaku kerosakan sewaktu para pekerja kami melakukan tugas untuk menukar tayar pelanggan.....

Jumaat, 28 Ogos 2009


Berikut adalah senarai jenis tayar silverstone mengikut kategori samada untuk kenderaan ringan. lori, bas ataupun jentera berat . Panduan untuk mendapatkan tayar yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan mengikut penggunaan kenderaan boleh di labelkan seperti berikut:-






Tyre CatalogueProvides comprehensive listing of tyres manufactured by Silverstone.
Passenger Car Tyres
Comfort & Luxury
Kruizer 1 NS700
Kruizer 1 NS500
Sporty
Evol 8
Fuel Saving
Synergy M5
Synergy M3
Standard
Powerblitz
NS-223
SUV & 4x4 Tyres
SUV
Estiva X5
All Terrain
AT-117 Special
SQ-278
Mud Terrain
MT117 Xtreme
MT117 Sport
MT117EX
Highway
HT-778
SQ-178
Commercial Vehicles Tyres
Bias Light Truck
LIGHT TRUCK SPECIAL
EXTRA GRIP SPECIAL
MT-117
Bias Truck
SK828
SK737
SK173
LOGGING KING
HI POWER LUG
All Steel Radial Truck
MTL900
SK977
SK988
Industrial Machinery
INDUSTRIAL S-163
INDUSTRIAL S-168
INDUSTRIAL S-368
GRADER SG-113
SSL-88

TAYAR SERVIS TONG MAH


Tayar Servis Tong Mah mula di tubuhkan pada tahun 1984.Lokasi terawal syarikat ini terletak di Taman Rimba dan mula beroperasi di sebuah kedai papan tanpa di lengkapi alatan yang secukupnya.Pada tahun 1991 syarikat yg di miliki oleh 2 beradik ini telah berpindah ke alamat No.1 Jalan Taman Rimba, Taman Gopeng, mentakab untuk memperkembangkan operasi syarikat tayar tersebut. Disinilah kejayaan bertambah untuk syarikat ini apabila semua kemudahan untuk melakukan kerja-kerja serta alatan yg di perlukan di perbaharui atas ke prihatinan pemiliknya. Bermula lah detik pembaharuan dalam perniagaan tayar untuk syarikat ini... Pemilik syarikat ini, En.Tan Yew Hong bersama adiknya En.Tan Yeow Chang telah berusaha keras untuk memajukan syarikat tayar tersebut yg lebih di kenali sebagai Tayar Servis Tong Mah. TayarServisTongMah ni terletak di dalam bangunan kedai 3 tingkat yg di miliki oleh syarikat ini sendiri.Dari Kuala Lumpur menuju ke Bandar Mentakab dapat di lihat dengan jelas akan kedudukan bangunan tempat beroperasinya syarikat ini.Bangunan 3 tingkat yang terletak di kanan jalan menuju ke bandar Mentakab ini jelas kelihatan dengan papan tanda yg besar yang menunjukkan gambar tayar.Jarak dari bandar Mentakab menuju ke lokasi primis ini adalah dalam lingkungan 3-4 kilometer menuju ke Kuala Lumpur. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan yang di perlukan oleh setiap kenderaan dari yg berkapasiti kecil hingga ke yg mempunyai kapasiti besar. Disini ada di sediakan perkhidmatan penukaran tayar dari kenderaan berjenis kereta ,pacuan empat roda hingga untuk kenderaan jenis lori , bas serta traktor. Berbagai-bagai jenis atau jenama serta saiz tayar ada di jual di syarikat ini. Di syarikat ini juga ada menyediakan servis penukaran minyak atau alat ganti kenderaan. Syarikat ini mempunyai 5 orang pekerja mahir yang dapat membantu para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di syarikat ini. Aspek kecekapan serta ketelitian merupakan panduan utama yang sering di terapkan oleh pemilik syarikat ini kepada pekerja pekerjanya. Di bahagian penerangan atau khidmat penentuan harga atau servis di alasi seorang kerani yang boleh memberikan pelanggan-pelanggan akan informasi yg di perlukan dari sebut harga sehinggalah kepada jualan. Disini juga pihak syarikat ada menyediakan perkhidmatan luar atau out door service merangkumi jarak yg luas. Syarikat ini juga ada memberikan khidmat kepada kilang-kilang sekitar Mentakab dan Temerloh.